Saturday, 17 November 2012

PERTANDINGAN BOWLING

   
AKTIVITI KELAB- PERTANDINGAN BOWLING DI AMPANG POINT PADA 29.09.2012

Monday, 13 August 2012

MOTO SEKOLAH


USAHA TERUS MAJU

PETA LOKASI



BENDERA SEKOLAH


LENCANA SEKOLAH


MOTTO
USAHA  TERUS MAJU
BUKU       
ILMU  ADALAH TUNGGAK  KECEMERLANGAN  DALAM  KEHIDUPAN
OBOR      
SEMANGAT  TERUS  BELAJAR
GELUNG ROTAN 
AKTIF DALAM SUKAN


MISI SEKOLAH


MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU
MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI
  • Menyediakan suasana P&P yang kondusif.
  • Melibatkan semua murid dalam program sifar ponteng dan motivasi bina sahsiah.
  • Melibatkan semua murid dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan di sekolah.
  • Memastikan semua warga sekolah bekerja dalam satu pasukan dengan komitmen, jujur dan bertanggungjawab bagi melahirkan generasi yang berjaya dalam segala aspek untuk mempertingkatkan kecemerlangan pendidikan.

VISI SEKOLAH


SEKOLAH  UNGGUL  PENJANA
GENERASI TERBILANG
  • Melahirkan murid yang berjaya100% menguasai 4M dan cemerlang dalam UPSR
  • Meningkatkan sahsiah dan disiplin murid supaya mencapai 95% kehadiran penuh.
  • Penglibatan murid secara menyeluruh dalam bidang ko-kurikulum dan sukan.

Sunday, 12 August 2012

Aluan Pentadbir Sekolah


Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Alhamdulillah, syukur kita panjatkan ke hadrat IIahi kerana dengan limpah kurnia-Nya membolehkan Blog SKKB 2012 dapat dikemaskinikan. Blog ini memaparkan aktiviti SKKB sepanjang tahun. Saya yakin dan percaya aktiviti tersebut memberi impak besar kepada pencapaian prestasi akademik, sahsiah dan kokurikulum cemerlang.

Sebagai Pentadbir diyakini mempunyai kepakaran mengurus dan memimpin sekolah dengan cemerlang untuk menuju kecemerlangan pendidikan. Pentadbir mesti terus meningkatkan dan memantapkan pengurusan sekolah untuk mencipta kecemerlangan sekolah ke tahap yang lebih tinggi. Pendidikan tidak akan maju jika kita selesa dan berpuas hati dengan kejayaan sekarang. Kejayaan masa kini harus dijadikan landasan dan lonjakan untuk meneruskan usaha meningkatkan kualiti pendidikan yang dapat membawa Malaysia ke persada dunia. Ini akan meningkat standard pengurusan pendidikan dalam menghadapi dunia globalisasi dan memenuhi komponen, iaitu memperluas akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan yang terkandung dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Kita perlu berazam dan berusaha sedaya mungkin untuk menerima latihan pelbagai dimensi dari sudut ilmu pengetahuan dan kemahiran terkini supaya berupaya menghadapi cabaran dan dugaan pada era pembangunan teknologi dan globalisasi kini. Transformasi pendidikan amat penting sebagai perubahan terancang untuk meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum serta pembangunan sahsiah pelajar ke arah membina modal insan cemerlang secara holistik. Saya yakin melalui transformasi pendidikan akan menghasilkan generasi Malaysia lebih matang dan bermutu menjelang 2020.

Dalam pengurusan sekolah, kita kerap menghadapi pelbagai isu murid, guru dan ibu bapa. Sudah tentu kadangkala kita akan berhadapan dengan kekangan. Pentadbir yang tabah dapat menguruskan keresahan dan gangguan emosi. Selain bersikap positif, optimis dan memaparkan emosi yang tenang, mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluarga, sahabat dan rakan sekerja ini membantu kita menguruskan kerungsingan dan keresahan kerja.

Pendidikan negara sedang mengharungi transformasi ke arah menghasilkan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa. Pendidikan berkualiti mesti dapat diakses oleh semua untuk membangunkan modal insan yang holistik. Jadi, Untuk menjayakan transformasi pendidikan dan meneruskan budaya kecemerlangan murid, perubahan mesti bermula di sekolah.

"Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal shaleh, tentulah Kami tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalan (nya) dengan baik.” (Al-Kahfi-30)


“Usaha Terus Maju"
JAMILAH BINTI ABD JABAR
Pentadbir SK Kampong Batu, Rembau
Negeri Sembilan