Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Alhamdulillah, syukur kita panjatkan ke hadrat IIahi kerana dengan limpah kurnia-Nya membolehkan Blog SKKB 2012 dapat dikemaskinikan. Blog ini memaparkan aktiviti SKKB sepanjang tahun. Saya yakin dan percaya aktiviti tersebut memberi impak besar kepada pencapaian prestasi akademik, sahsiah dan kokurikulum cemerlang.Sebagai Pentadbir diyakini mempunyai kepakaran mengurus dan memimpin sekolah dengan cemerlang untuk menuju kecemerlangan pendidikan. Pentadbir mesti terus meningkatkan dan memantapkan pengurusan sekolah untuk mencipta kecemerlangan sekolah ke tahap yang lebih tinggi. Pendidikan tidak akan maju jika kita selesa dan berpuas hati dengan kejayaan sekarang. Kejayaan masa kini harus dijadikan landasan dan lonjakan untuk meneruskan usaha meningkatkan kualiti pendidikan yang dapat membawa Malaysia ke persada dunia. Ini akan meningkat standard pengurusan pendidikan dalam menghadapi dunia globalisasi dan memenuhi komponen, iaitu memperluas akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan yang terkandung dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Kita perlu berazam dan berusaha sedaya mungkin untuk menerima latihan pelbagai dimensi dari sudut ilmu pengetahuan dan kemahiran terkini supaya berupaya menghadapi cabaran dan dugaan pada era pembangunan teknologi dan globalisasi kini. Transformasi pendidikan amat penting sebagai perubahan terancang untuk meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum serta pembangunan sahsiah pelajar ke arah membina modal insan cemerlang secara holistik. Saya yakin melalui transformasi pendidikan akan menghasilkan generasi Malaysia lebih matang dan bermutu menjelang 2020.
Dalam pengurusan sekolah, kita kerap menghadapi pelbagai isu murid, guru dan ibu bapa. Sudah tentu kadangkala kita akan berhadapan dengan kekangan. Pentadbir yang tabah dapat menguruskan keresahan dan gangguan emosi. Selain bersikap positif, optimis dan memaparkan emosi yang tenang, mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluarga, sahabat dan rakan sekerja ini membantu kita menguruskan kerungsingan dan keresahan kerja.
Pendidikan negara sedang mengharungi transformasi ke arah menghasilkan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa. Pendidikan berkualiti mesti dapat diakses oleh semua untuk membangunkan modal insan yang holistik. Jadi, Untuk menjayakan transformasi pendidikan dan meneruskan budaya kecemerlangan murid, perubahan mesti bermula di sekolah.
"Sesungguhnya mereka yang beriman dan beramal shaleh, tentulah Kami tidak akan menyia-nyiakan pahala orang-orang yang mengerjakan amalan (nya) dengan baik.” (Al-Kahfi-30)
“Usaha Terus Maju"
JAMILAH BINTI ABD JABAR
Pentadbir SK Kampong Batu, Rembau
Negeri Sembilan
No comments:
Post a Comment